You are here: Home

Master Wan Batik

Identiti Batik Malaysia

E-mail Print PDF

 

Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah berkembang pesat dan mempunyai identiti yang tersendiri.

Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat dengan batik Jawa yang cantik dan halus buatannya.

Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba meniru corak-corak batik dari batik Jawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya tidak dapat ditandingi.

Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah 'batik' datang daripada perkataan Jawa, Indonesia.

'The term batik is of Javanese origin from the word 'ambatik, meaning 'a cloth having dots ordotted cloth. 'Tik' may have come from the word 'titik meaning 'dots' while the word 'ba' means 'doing work actively' (Wan Hashim,1996)

Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah 'ba' atau 'amba' bermaksud membuat kerja dengan aktif, mungkin dari sudut yang lain saya berpendapat 'amba' itu bermaksud 'hamba' atau 'menghambakan diri' dan 'tik' bermaksud titik.

Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan.

Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu diperlengkapkan sebagai pemegangnya.

Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain.

Menurut Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di Kelantan pada zaman dahulu, pada awal 1930-an bapanya mula menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang diukir dan dicapkan ke atas kain.

Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah berwarna hitam. Getah buah ini disapukan ke permukaan blok kayu tadi dan dicopkan ke atas kain putih dengan satu warna sahaja.

Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung sembahyang yang dijual di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran kayu blok seperti motif pucuk rebung, bunga ketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi dan bulat.

Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah batik tetapi kain yang menggunakan kaedah cop bunga atau motif batik ke atas kain putih.

Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji Ali dari Terengganu dalam tahun 1920-an.

Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok daripada tembaga untuk mencorakkan kain batik, maka pengusaha batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu kepada blok besi yang diperbuat daripada tin susu atau kepingan zink yang dipanggil sarang bunga.

Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik menggunakan blok tin dengan panggilan teknik batik blok, batik terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru corak batik Jawa. Sehingga suatu ketika dahulu batik sarung dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan kain batik Pekalongan Kelantan.

Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanya batik blok dijadikan batik ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak.

Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan dan baju kanak-kanak. Selain itu kain batik blok juga dibuatkan sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu.

Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah menginovasikan tekniknya dengan menggunakan skrin stensil berbentuk kain sarung.

Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yang dilukis bercampur dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah diilhamkan oleh pereka.

Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan dilukis mengikut bentuk yang telah direkakan di atas skrin. Kawasan yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer.

Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan digunakan. Batik yang telah dicetak ini, ada yang dicampurkan dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan corak batik serta retak lilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos serta mempercepatkan pembuatan batik.

Pada tahun 1979, sebagai penuntut Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) (dulu ITM), saya pernah membuat latihan di kilang Batik Samasa. Di sana saya berlajar cara membuat batik stensil menggunakan skrin dan melukis corak batik dengan lacquer berwarna hijau.

Saya pernah diminta menunjuk cara menggunakan canting di kilang tersebut dengan membuat sehelai kain batik tulis sepanjang empat meter kepada Norma, adik pengurus Batik Samasa.

Tiga tahun kemudian, saya terkejut melihat bertapa pantasnya pengusaha Batik Samasa dapat mempelopori teknik janting hingga menjadi pengusahan batik canting peringkat industri kecil.

Mencanting batik mungkin bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu batik canting digunakan oleh artis batik dan pembatik secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di UiTM pada tahun 1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil.

Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Sen Reka (UiTM), telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batik dan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu membatik, ramai pembatik berkecimpung dalam perusahaan batik tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik Malaysia telah dapat menghasilkan identiti tersendiri daripada pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik. Pada tahun 1990-an, Prof.Madya Zaharah Othman, pensyarah dari Jabatan Senireka Tekstil, UiTM, telah mengajar batik corak seperti tenun ikat dan dinamakan corak batik ikat. Batik seperti ini adalah dalam golongan batik eksklusif.

Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung kepada beberapa kombinasi teknik dan penggunaan canting yang berlainan saiz.

Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya seperti batik blok dan batik canting. Di samping itu, batik blok boleh dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh dicampurkan teknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis. Sungguhpun begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara mencanting kerana cara ini lebih senang dan kos tidak tinggi berbanding teknik skrin dan batik blok.

Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak 1946. Beliau adalah salah seorang daripada pengusaha batik yang terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan batik dengan motif, tumbuh-tumbuhan daripada alam sekeliling. Pengusaha batik seperti Rashidah's Exclusive Batik di Kelantan, banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978. Beliau sendiri merekan motif dan corak serta menyediakan warna yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur seperti Wan Nong, Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan baru batik yang unik dan kontemporari.

Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak menghasilkan batik tulis dan batik blok. Mereka berani menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan batik.

REKAAN batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke peringkat antarabangsa.

Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikut pereka, yang menjurus kepada bentuk kontemporari.

Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik serta penggunaan pelbagai teknik dan jenis kain seperti sutera jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada Allahyarham Datin Seri Endon, telah memberi satu platfom bagi pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam dan ke luar negara.

-- http://www.kosmo.com.my

 

Last Updated ( Friday, 15 January 2010 08:08 )  

Menu Utama

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini503
mod_vvisit_counterSemalam662
mod_vvisit_counterMInggu Ini1810
mod_vvisit_counterBulan Ini8318
mod_vvisit_counterKeseluruhan898477

Online : 2


Ads on: Special HTML
Tempahan Pakaian Batik

 

 


MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.

Hubungi Kami

Sila hubungi Marketing Team @ MWB
 

+6019 3455 599 (Mr. Wan)

 www.masterWanBatik.com
 MasterWan Batik 
 Butik & Kilang Cetakan
23, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 masterwan.batik@gmail.com