You are here: Home Blog MasterWan Batik MasterWan Batik - dari perspektif seni dan pengusaha.

Master Wan Batik

MasterWan Batik - dari perspektif seni dan pengusaha.

E-mail Print PDF

 

Kenali batik....sentiasa pada diriku

Batik lukis dikenali juga sebagai batik canting atau batik tulis memang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.  Ia adalah satu keunikan kraftangan negara dan harta intelek para budayawan Melayu Malaysia. Warisan seni bangsa Melayu ini terkenal dengan kehalusan kesenian visual yang terpancar dari daya fikir dan kreativiti budaya dan kehidupan yang berteraskan budi dan daya iaitu daya dalaman (ilmu dan iman), daya fikir, daya usaha dan daya berkarya. Justeru, batik perlu berada di kemuncak apresiasi di segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya dan universal amnya. Yang ketara adalah hasil seni kraftangan tradisional yang unggul dan unik ini mempunyai identiti tersendiri yang sewajarnya dijadikan produk yang mampu menjana ekonomi negara.  Namun aspirasi ini memerlukan pengiktirafan yang serius daripada kerajaan dengan menyediakan insentif mapan kepada pengusaha batik yang berwawasan. Kerajaan perlu membendung pemakaian baju corak tekstil cetak  yang dimport dari negara luar yang ditiru daripada corak batik tempatan di kalangan  penjawat awam khususnya.   

Sebaliknya masyarakat antarabangsa lebih menghormati dan meminati batik tempatan. Lantaran ia sangat popular kerana keunikan dan keindahannya peribadinya. Dengan mengharungi pelbagai zaman, batik dipersembahkan dengan wajah yang menarik untuk peminatnya. Penggiat atau pengusaha batik sentiasa menampilkan pelbagai teknik dan idea baru dalam penciptaan bagi menghadapi persaingan sihat dalam pasaran. Hingga kini kerja-kerja penciptaan reka coraknya juga telah melibatkan teknologi-teknologi tinggi menerusi komputer dan pendekatan-pendekatan yang saintifik.  Sistem pengeluaran yang menggunakan peralatan moden turut membantu mempertingkatkan mutu serta produktiviti perusahaan batik lukis.

Walau bagaimanapun, idea reka corak yang dihasilkan masih belum dapat melepasi kepompong ke arah mendapat pasaran yang lebih baik di peringkat antarabangsa. Kewujudan MasterWan Batik sememang bergerak atas landasan merentasi sempadan benua. Casualise pakaian batik secara meluas melalui pemasaran berstrategi ke peringkat antarabangsa menjadi core business dan hala tuju MasterWan Batik.  Apa yang penting dalam memantapkan produk batik adalah sentiasa fokus kepada kualiti, identiti, kepelbagaian produk, stail, teknik dan delivery kepada pelanggan.

A good design is universally accepted as a good design, i.e. the concepts, principles and technology underlying it have universal standard  But when it come to practice, these basic fundamentals have to be adapted to local needs, tastes and perceptions.It’s like wheat, rice salt, sugar etc.  All are same everywhere, but cooking is different – to taste, health and culture. 

In developing and selecting a design, many of the top executives have nothing to depend on except their intitution or personnal whims and fancies.  This is a sure recipe for a stillborn communication message, negating the very purpose of the design in view. 

Membatik adalah pengkaryaan seni, khususnya seni visual yang merupakan suatu produk hasil dari gabungan kebolehan,  kemahiran, kesungguhan, pengamatan ke arah kesempurnaan dan pengetahuan pelukis yang secara automatisnya mempunyai nilai estetika dalam karya.  Kemahiran dan ketangkasan tangan seseorang pengkarya adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa.  Apa yang disampaikannya terdiri daripada bahan subjek yang dipilih setelah melalui bidang pengamatan hakikat, gerak balas peribadi terhadap pengalaman dan disampaikan secara tertib dengan menggunakan medium tertentu sesuai dengan kemahirannya hasil dari usaha yang berterusan.  

Justru, hasil seni wajar dihargai.  Usaha pengkaryaannya adalah kegiatan merakam objek seni budaya yang bakal diwarisi untuk generasi akan datang.  Hasil daripada perahan idea dan bakat seni bagi menghasilkan sesuatu rekabentuk objek aplikasi, jarang disedari bahawa ia adalah suatu hasil seni.  Seni grafik, fotografi, filem adalah antara cabang seni yang amat mempengaruhi kehidupan kita.  Seni adalah kehidupan. 

Sifat kesenian tidak semata-mata bergantung pada makna kenyataan atau factual meaning dan dengan dirinya yang mengandungi makna makna-makna ekspresi. Bidang ini yang sering dikenali dengan sebutan ikonologi, adalah bidang sejarah seni yang paling kontroversil, sempit dan kurang popular sekali. 

Apresiasi seni ini adalah sebagai latihan yang memerlukan penglibatan deria pandang dan sentuh.  Kebanyakan orang menghargai seni secara pasif mungkin disebabkan oleh pengalaman, pendidikan dan citarasa sendiri yang mungkin terhad dan tiada pendedahan penghayatan seni, selain dari keegoan untuk mencemuh kepada gerak kerja berjasa kepada mereka sendiri serta sejagat. 

Tiada siapa yang ingin memiliki kereta Mercedes sekiranya bentuk kereta ini hanya berbentuk kotak empat persegi, walaupun mempunyai kelebihan prestasi tinggi, ketahanan enjin, keselesaan memandu dan berteknologi canggih. Saya yakin pengeluarnya akan bankrap kerana semata-mata disebabkan bentuknya empat persegi.  Disebabkan oleh bentuknya menarik yang mempunyai daya tahan masa dan melambangkan ciri-ciri intrinsik yang berprestij serta digabungkan dengan ciri-ciri yang telah disebutkan itu, maka ia diterima umum sebagai sebuah kereta yang berprestij.  Memang berprestij.  

Pernahkah kita memikirkan siapakah yang memerah otak untuk menghasilkan reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri tersebut? Sudah tentu pereka bentuknya yang komited dengan majikannya menghasilkan rekaan kereta sedemikian.  Dari mana asas ilmu mereka ini?  Jawabya adalah berpunca dari ilmu rekaan brasaskan unsur-unsur seni seperti  garisan, rupa, bentuk, ruang, warna dan jalinan. Kemudian digabungkan dengan asas  prinsip seni reka seperti pergerakan, penegasan, imbangan, kepelbagaian, pengulangan, kreativiti  dan keharmonian.  Itulah asas pengajian mereka dan dengan menggunakan aplikasi teklonologi kemahiran komputer masa kini maka lahirkan produk tersebut.  

Itu hanya sebagai satu contoh produk yang digunakan dalam kehidupan harian yang pada asalnya abermula dari sumbangan seni reka.  Lantaran itu ada teori mengatakan seni itu adalah kehidupan sebab banyak yang digunakan dalan kehidupan manusia menggunakan produk yang tidak boleh lari dari bermulanya dengan lakaran seni. Kalau di barat mereka cukup faham ini.  Begitu juga di Jepun.  Sebab itulah pendidikan seni visual ini memang bermula dari peringkat prasekolah hinggalah tertiari.  Skop seni visual memang luas, termasuklah fotografi, filem, arca, cetakan, kraf, animasi, grafik, arkitektur, kaligrafi, reka bentuk, aksesori dan catan.  

Kebolehan melukis bermula sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Ia dipergiatkan lagi semasa latihan ilmiah di Maktab Perguruan Ilmu Khas di peringkat kursus asas dan kursus tambahan.  Kemudian diikuti pula secara akademik dan sistematik di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Seni Halus yang memperkuatkan lagi minat saya dalam menghasilkan karya seni.  Malangnya saya tidak ada kekuatan idiom tersendiri.  Walau bagaimanapun saya tetap menampilkan kebolehan dalam seni lukis batik yang sudah menjadi darah dagingku sejak kecil.  

Natijah dari pengetahuan, pengalaman, kebolehan, kreativiti dan komitmen dalam bidang seni, saya telah sempat menyumbang idea, konsep dan gubahan dalam penghasilan  flyers, pamphlet, brosur, banner, montaj, direktori, bilbod, video/CD promosi, CD korporat dalam usaha mempromosikan dan memasarkan Education Malaysia dalam negeri dan luar negara bagi minat pelajar tempatan dan antarabangsa mengikuti pengajian di Malaysia. Ini selaras dengan usaha kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau dan antarabangsa menjelang 2020. Seperti pada Februari 2009, pelajar antarabangsa yang belajar di malaysia sudah menjangkau 86,568 orang. Ini bermakna penjanaan ekonomi negara sebanyak 2.4 billion setahun telah dicapai.  Pencapaian ini telah merentasi matlamat asal iaitu seramai 80,000 menjelang 2010.

Kegiatan seni boleh dan seharusnya berfungsi pada beberapa tahap.  Seni juga boleh dicipta untuk pelbagai peringkat apresiasi.  Persepsi adalah satu perkara yang rumit. Seni lazimnya difahami sebagai satu aktiviti istimewa yang berlaku atau dipamerkan di tempat-tempat istimewa.  Karya seni memerlukan sistem komunikasi yang luas.  Ia memerlukan pendidikan di sekolah dan institusi, penyebaran maklumat, pendapat dan karya seni oleh media cetak dan media elektronik.

Seni berfungsi sebagai penyukat suhu jiwa masyarakat, mencerminkan masa dan perasaannya. Fungsi pelukis bukan setakat menggambar tetapi melahirkan kenyataan batin dan membuka pintu pernyataan batin.  Terdapat imbangan antara gambaran dengan kenyataan berbentuk warna dan benda.  Implikasi demensi dan simbolisme, mistri dan kepintaran mampu memikat pemerhati.

Batik merupakan warisan budaya yang patut kita lestarikan kehadirannya. Batik pada mulanya tumbuh dan berkembang di daerah Jawa Tengah dan pada umumnya di pulau Jawa. 

Batik adalah corak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan dengan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan warna. Pada peringkat awal, corak ini bermula dengan bentuk titik, tetapi lama-kelamaan telah berubah dari segi coraknya, malah kini, dari segi tekniknya, terdapat batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan celup warna lagi, iaitu hanya menggunakan stensil atau skrin.

Pada hakikatnya dinamakan batik adalah batik lukis atau batik klasik dengan teknik dan pewarnaan dengan menggunakan sumber warna alam, selai dan kain motif batik.

Penghasilan karya atau kain batik memerlukan kete;itian dan kesabaran kerana semua proses dikerjakan secara manual. Tangan yang berbakat melukis membantu menghasilkan karya yang matang memalui pelbagai pengalaman pengawalan melilin yang terus menerus membolosi mulut canting. Hal ini menjadikan batik sebagai karya atau kain yang mempunyai keistimewaan yang begitu menarik.

Pada peringkat perubahan dalam tahun 60-an dan 70-an di Malaysia, membatik diterapkan dengan menggunakan blok kayu.  Kemudian menggunakan blok besi. Namun aplikasi coraknya agak terbatas. Seterusnya ia terus berkembang dengan menggunakan kaedah batik lukis.  Penghasilannya lebih kreatif dan  pemaparan idea yang menghasilkan corak tanpa menggunakan motif secara berulang. 

Seni lukis batik merupakan perkembangan dari seni batik itu sendiri yang pada mulanya seni batik dibuat keperluan harian dan aksesorinya. Pada seni lukis batik proses membatik dijadikan media untuk berekspresi dengan pola atau motif batik mahupun dengan visualisasi bentuk-bentuk abstrak atau bentuk-bentuk stylized dari bentuk yang ada di alam. Dengan menyuguhkan tampilan frame dan figura kemudian disebutnya seni lukis batik.

Seni lukis batik merupakan hasil kreativiti yang mengarah perkembangan seni batik yang difungsikan sebagai pelengkap aksesori interior rumah, pejabat dan dewan. 

Teknik pembuatan senu lukis batik dapat menggunakan teknik yang digunakan pada proses pembuatan batik tulis iaitu menutup dengan lilin dan kemudian baru dicelup dalam warna dari warna yang terang menuju warna yang lebih tua atau gelap. Di samping itu ada teknik pembuatan seni lukis batik yang disebut teknik pemutihan iaitu dengan memulai dari warna yang gelap atau hitam menuju warna yang lebih muda atau terang.

Lukis batik dapat dikatakan batik kerana orises pembuatannya pada hakikatnya sama iaitu dengan menghalangi masuknya warna atau pewarnaan dengan menggunakan lilin.  

Dalam mengaplikasikan batik apa yang perlu difahami oleh pembuatnya adaah karektor setiap bahan dan alatnya. Warna, lilin, api, canting atau mana alat melilin sudah tentu mempunyai karektor masing-masing. Pembuat batik perlu menggunakan bahan dan alat in mengikut kesesuaian samada dalam bentuk ruang, suhu, sifat tabe’i, cuaca, keselamatan, kadar, sukatan, jarak dan ketahanannya. 

Lilin umpamanya, perlu dipanaskan mengikut kadar suhu yang sesuai supaya garisan lilin yang dilukis pada kain tidak kembang dan terkawal.  Kadar kepanasan yang seimang ini akan melahirkan kesan lilin yang kemas apabila menghasilkan corak. Campuran lilin dan rosin juga perlu sesuai bergantung kepada niat pembatik samada ingin melahirkan retak atau sebaliknya.  Lilin yang dicampur dengan rosin 30:70 akan menyukarkan lilin patah walaupun kain dilipat. Sekiranya campuran lilin-rosin dengan nisbah ini dilakukan, kecairan (akibat kepanasan) tidak tahan lama kerana ia mudah terbakar.  Ini akan mengakibatkan saluran mulut cating mudah tersumbat dan menyulitkan kerja melukis.  Namun sekiranya melilin dengan menggunakan berus, renjisan atau sapuan pada kain, ia tidak akan menjadi masalah.

Bagi mendapatkan mutu pengeluaran yang terkawal dan seimbang, pembatik hendaklah memastikan pengeluarannya mengikut tata cara yang tersusun sebagaimana berikut:

  1. Menanggalkan kanji dari kain putih
  2. Menyediakan/memidangan kain putih
  3. Menyurih reka corak, sekiranya perlu
  4. Melilin pada permukaan kain - elukis/mencanting/merenjis/memberus
  5. Mewarna dalam atau luar corak
  6. Mamatikan warna
  7. Merendam dan membilas
  8. Merebus
  9. Merendam
  10. Mengering
  11. Mengggosok
  12. Membungkus  
     

Sebagai panduan, antara kain yang digunakan untuk pembatikan adalah dari jenis yang mudah menyerap bahan pewarna, iaitu dari jenis cotton, silk, rayon, linen dan chiffon. 

Cara menguji kadar penyerapan bahan pewarna dibuat dengan cara merenjis air ke permukaan kain.  Jika kain menyerap dengan mudah (tidak termasuk polyester) maka kain ini boleh digunakan untuk pembatikan. 

Jenis kain yang biasa digunakan adalah seperti;

  1. Sheeting
  2. Lawn
  3. Cotton poplin
  4. Cotton prima
  5. Cotton swiss
  6. Cotton sponge
  7. Cotton silk
  8. Cotton shantung
  9. Fine cotton
  10. Rayon/Fuji
  11. Sponge rayon
  12. Rayon jacquard
  13. Rayon brocade
  14. Habotae silk
  15. Crepe de chine
  16. Crepe satin
  17. Satin silk
  18. Jacquard silk
  19. Chiffone
  20. Linen
     

Pelbagai produk batik telah dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah, teknik, stail dan kreativiti, seperti pakaian, hiasan dalaman, hasil seni dan cenderamata.  Antaranya adalah kemeja, kurung, skaf, selindang, seluar pendek dan panjang, sapu tangan, sarung tangan, kebaya, blaus, over coat, tali leher, maksi dan sebagainya.  Selain itu ia juga dikeluarkan untuk hiasan dalaman seperti terendak lampu, sarung bantal, alas meja, cadar, sarung kusyen, hiasan dinding, lukisan, langsir dan lain-lain.

Hiasi hidup kita dengan pelbagai produk batik.  Jadikan ia pakaian harian kita. 

Last Updated ( Wednesday, 30 December 2009 14:14 )  

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini311
mod_vvisit_counterSemalam342
mod_vvisit_counterMInggu Ini1588
mod_vvisit_counterBulan Ini10383
mod_vvisit_counterKeseluruhan937348

Online : 3


Ads on: Special HTML
Tempahan Pakaian Batik

 

 


MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.

Hubungi Kami

Sila hubungi Marketing Team @ MWB
 

+6019 3455 599 (Mr. Wan)

 www.masterWanBatik.com
 MasterWan Batik 
 Butik & Kilang Cetakan
23, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 masterwan.batik@gmail.com