You are here: Home FAQ

Master Wan Batik

FAQ

Berikut adalah FREQUENTLY ASK QUESTIONS (FAQ) berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MasterWan Batik:-

S1. Apakah produk batik yang dijual di kedai MasterWan Batik?
J1. Produk batik yang dijual adalah seperti berikut:-
• Kemeja lengan pendek casual
• Kemeja lengan panjang biasa dan eksklusif
• Blaus
• Baju kurung biasa dan eksklusif
• Pareo
• Maxi
• Painting
• Kain untuk kemeja
• Kain untuk kurung/kebaya

S2. Apakah jenis kain/material yang digunakan oleh MasterWan Batik?
J2.  Jenis kain/material yang digunakan adalah seperti berikut:-
• Jacquard
• Satin
• Crepe de chine (CDC)
• Linen
• Chiffon
• Rayon jacquard
• Cotton
• Rayon (Fuji)

S3. Adakah berbeza harga kain jacquard dengan satin atau CDC?
J3. Sudah tentu.. 

S4. Jenis kain/material manakah yang selalu digunakan untuk kemeja atau baju kurung?
J4. Jacquard. 

S5. Kenapakah harga produk berbeza-beza walaupun menggunakan jenis produk dan material yang sama?
J5. Sebab:
• Penggunaan masa yang panjang untuk menyiapkan sesehelai kain.
• Teknik tambahan yang digunakan melibatkan kerja menghasilkan corak dan warna yang halus dan terperinci.
• Banyak peringkat proses mematikan warna.
• Reka corak yang dihasilkan menggunakan cara ’tracing’ dahulu.
• Corak dan warna yang eksklusif dan kreatif.
• Ruang yang dicorakkan dan diwarnakan lebih banyak.  

S6. Berapa lamakah MasterWan Batik mengambil masa untuk menghantar produk yang dipohon pelanggan?
J6. Sekiranya produk yang dipilih ada stok, produk boleh diterima dalam masa 4 hari, sekiranya ada dalam stok. 

S7. Bagaimanakah cara untuk membeli sesuatu produk?
J7. Boleh datang sendiri ke kedai MasterWan Batik, beralamat No. 23, Jalan Seksyen 2/15, Taman Kajang Utama, berhampiran plaza tol Bukit Kajang, perlu melalui Kajang Silk Highway atau pesanan melaui e-mel. 

S8. Bolehkah corak yang dipilih mengikut no. kod (cth ‘Pareo No. 4’) dalam laman web www.masterwanbatik.com menggunakan warna yag berbeza-beza apabila membuat tempahan?
J8. Boleh. Sila nyatakan melalui e-mel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

S9. Bagaimana cara hendak buat tempahan uniform?
J9. Caranya:
• Hantarkan design atau motif yang dipilih melalui e-mel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  atau datang sendiri ke Kedai MasterWan Batik untuk perbincangan.
• Nyatakan pilihan warna dan layout.
• Dapatkan sebut harga daripada MasterWan Batik
• Isikan borang tempahan
• Bayar deposit 50%
• Datang ambil di kedai pada tarikh yang dipersetujui atau akan dihantar kepada pelanggan dengan tambahan kos penghantaran.

S10. Berapa helai sebulan boleh dibekalkan sekiranya ditempah untuk  uniform?
J10. Anggaran 500 helai sebulan kemeja (Siap jahit).

S11. Kenapa produk batik dari kain kapas dikatakan istimewa?
J11.
• Tahan lasak
• Warna lebih tahan lama kerana sirat benangnya sangat menyerap warna
• Harganya lebih murah berbanding jacquard atau satin.
• Senang jaga
• Tidak mudah berlubang, berbeza dengan kain rayon fuji.

S12. Kenapa perlu pilih MasterWan Batik untuk tempahan atau pembelian?
J12.
• Harga kilang kerana dihasilkan sendiri oleh MasterWan Batik
• Harga tanpa orang tengah
• Dekat dengan anda kerana terletak di Lembah Kelang.
• Mudah berurusan kerana berdekatan dengan pelanggan di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Pahang khususnya. 
• Menghasilkan produk yang berkualiti
• Reka corak tempatan, kontemporari dan universal secara grafik dan konvensional.
• Gabungan warna yang universal dan menarik.
• Menggunakan bahan warna berkualiti yang diimport dari Germany.
• Kemasan hasil yang memuaskan.
• Dihasilkan pelukis batik yang mahir dan berpengalaman.
• Banyak pilihan reka corak yang boleh dipilih memalui laman web.
• Berpengalaman menyediakan batik uniform yang ditempah dari pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan syarikat swasta.

S13. Apakah saiz yang standard untuk kemeja?
J13. Saiz 14 – 14 ½ (S), 15 - 15 ½ (M), 16 – 16 ½ (L), 17 – 17 ½ (XL), 18 – 18 ½ (XXL) dan 19 – 19 ½ (XXXL).

S14: Berapa panjang dan lebar kain pareo? 
J14. 2 meter x 1.3 meter

S15. Adakah boleh tempahan uniform (kemeja atau baju kurung) dimasukkan logo?
J15: Boleh. Tempahan minimum 50 helai setiap item.

S16: Berapakah perbezaan harga sehelai kemeja jacquard yang sudah siap (ready made) dengan kain kemeja 2.5 meter (belum berjahit)?
J16: RM45.00 sahaja.

S17: Berapakah perbezaan harga sepasang baju kurung batik jacquard yang siap berjahit (ready made) dengan kain jacquard berukuran 4 meter (untuk baju kurung atau kebaya) yang belum berjahit.?
J17: RM60.00 sahaja (cth: Baju kurung siap jahit RM210 – kain 4 meter RM150.00).

S18: Adakah harga yang dijual lebih murah?
J18. Sudah tentu kerana ia dijual terus dari kilang MASTERWAN BATIK (harga kilang).


S19. Berapa jumlah helai minimum batik dikira harga borong?
J19. 10 helai.

S20. Bagaimana saya hendak mendapatkan baju batik tersebut secara online?
J20.. Boleh memilih corak seperti mana yang dipaparkan dalam website www.masterwanbatik.com dan buatlah tempahan dengan menyatakan no kod yang tercatat di sebelah imej kemeja. Di situ tercatat harganya.  Tambahkan RM10.00 untuk kos penghantar.  Sila maklumkan melalui emel atau sms setelah wang dibank-in.  Barangan akan dihantar setelah wang dibank-in. Sekiranya tiada dalam stok, MWB akan menyerahkan barangan dalam masa dua minggu.
      
S21. Berapa helai minimum boleh dibeli secara online bagi orang perseorangan?
J21. 2 helai
 
S22. Bagaimana cara pembayaran setiap tempahan?
J22. Masukkan ke AKAUN CIMB - 1601-0017420-52-8
 
S23. Saiz XL bagi orang Malaysia, saiz berapa bagi orang Asian?
J23. Sama.
 
S24. Bagaimana dengan kos penghantaran?
J24. Tambahan RM10 untuk kos penghantaran pos laju untuk di bawah jumlah 5 helai kemeja.  Kos tambahan lain mengikut kadar berat barang yang dihantar.

S25. Bagaimana ingin mengenali kain batik dihasilkan dengan banyak peringkat/lapisan warna?
J25. Boleh dikenalpasti dengan melihat garisan lilin yang menjadikan corak samada warna putih sahaja atau ada warna lain.

S26. Batik yang menggunkan material manakah yang paling mahal dan berapakan anggarannya untuk baju kemeja lengan pendek?
J26. Kain linen. Harga dari RM250 – RM350.

S27. Adakah cara lain batik boleh dihasilkan selain menggunakan canting?
J27. Ada. Menggunakan cara cop dengan blok, cap dengan stensil, renjis, lakar dengan menggunakan berus, renjis, atau dengan mengunakan cara celup tie and dye.

S28. Apakah fungsi lilin dalam membatik?
J28. Untuk melakar corak, sempadan dan menyekat warna serta resist.


S29. Apa istimewanya MasterWan Batik?
J2.9
• Deliver pada masa yang ditetapkan.
• Produk berkualiti
• Boleh menghasilkan reka corak mengikut etnik, kontemporari, universal.
• Memenuhi keperluan pelanggan.
• Harga berpatutan.
• Designnya....Simply inspirational..........

S30. Bagaimanakah menuju ke kedai MasterWan Batik?
J30
• Mesti lalui Kajang Silk Highway
• 200 meter dari plaza tol Bukit Kajang dan masuk ke kiri.
• Menuju ke kedai MasterWan Batik, No. 23, Jalan Sekyen 2/15, Taman Kajang Utama.

S31. Bilakah kedai dibuka?
J31 Dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 ptg. Dari Isnin hingga Sabtu

S31. Sejak bila MasterWan Batik beroperasi?
J31 Mei 2008 di Taman Kajang Utama, Kajang.  Sebelumnya di Gombak dan Bt Caves sejak 1988.

S32. Bolehkah tempahan lukisan batik dibuat dan bagaimana harganya? Sila nyatak anggaran sekiranya berukuran 20”x30”?
J32 Boleh. Harganya tertakluk kepada saiz dan tekniknya. Anggarannya RM800.00 termasuk frame dan mounting.

S33. Adakah pernah MasterWan Batik membekalkan uniform kepada mana-mana agensi?
J33 Banyak. Melebihi 15 agensi.
 
S34. Bagaimanakah sambutan daripada peniaga terhadap produk MasetrWan Batik? Sekiarnya ada, kenapa?
J34 Banyak dijual kepada pelancong dari luar negara dan tempahan uniform daripada agensi awam dan swasta. Kerana coraknya yang unik, kemas dan pengunaan set warna yang universal dan urban.

S35. Adakah boleh MasterWan Batik membekalkan uniform yang mempunyai logo agensi?
J35 Sudah tentu boleh..

S36. Adakah boleh MasterWan Batik membekalkan montage atau prop batik?
J36 Sudah tentu boleh..

S37. Apakah kemudahan disediakan di MasterWan Batik?
J37. Bengkel, showroom, kedai dan pejabat..

S38. Adakah disediakan bengkel untuk belajar membatik?
J38. Boleh diuruskan. 

S39. Apakah jenis kain atau material yang sesuai untuk kemeja lelaki?
J39. Jacquard, satin, CDC, rayon jacquard, kapas, rayon dan linen 

S40. Apakah jenis kain atau material yang sesuai untuk baju kurung?
J40. Jacquard, satin, CDC, kapas, rayon dan chiffon 

S41. Apakah jenis kain atau material yang digunakan untuk pareo?
J41. Kapas dan rayon  

S42. Apakah jenis kain atau material yang digunakan untuk kemeja casual?
J42. Kain kapas jenis fine cotton, prime cotton, lawn, voile dan poplin,    

S43. Bagaimanakah cara terbaik untuk menjaga ketahanan batik daripada pudar warna?
J43. Jemur di tempat teduh dan terbalikkan permukaan.    

S44. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi kedutan kain?
J44. Gosok semasa kain batik lembab.    

S45. Apakah maksud warna selapis dengan dua lapis atau seterusnya?
J45. Warna selapis bermaksud proses mewarna dan mematikan warna hanya sekali sahaja, begitulah seterusnya. 

S46. Adakah bilangan peringkat mewarna dan mematikan warna mempengaruhi harga pengeluaran dan berapakah perbezaannya?
J46. Ya. Kerana kerja dan aktivitinya memakan lebih masa dan melibatkan kos dan perkhidmatan. Setiap produk ditambah RM20.00 sahaja.

S47. Apakah syarat untuk menjadi ejen?
J47. Bukan sebagai ejen. Peniaga berminat boleh dibeli daripada MasterWan Batik dengan harga borong secara tunai dan akan diberikan senarai harga pasaran jualan untuk dipatuhi. 

S48. Adakah boleh mana-mana peniaga atau orang perseorangan membuat tempahan mengikut reka corak yang diminati?
J48. Boleh. Setiap tempahan perlu dibayar deposit 50% sebelum memulakan kerja membatik. 
  
S49. Bagaimanakah ingin mengetahui harga produk MasterWan Batik?
J49. Sila layari web-site www.masterwanbatik.com atau sebarang pertanyaan boleh e-melkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 

 

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini473
mod_vvisit_counterSemalam386
mod_vvisit_counterMInggu Ini1641
mod_vvisit_counterBulan Ini7305
mod_vvisit_counterKeseluruhan959831

Online : 7


Ads on: Special HTML
Tempahan Pakaian Batik

 

 


MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.

Hubungi Kami

Sila hubungi Marketing Team @ MWB
 

+6019 3455 599 (Mr. Wan)

 www.masterWanBatik.com
 MasterWan Batik 
 Butik & Kilang Cetakan
23, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 masterwan.batik@gmail.com