You are here: Home Blog MasterWan Batik Batik lukis, blok dan sensil: Sememangnya menarik dan unik

Master Wan Batik

Batik lukis, blok dan sensil: Sememangnya menarik dan unik

Ramai yang mengetahui dan meminati batik lukis. Corak, warna yang menarik, harga dan sesuai dengan selera mereka menjadi pilihan. Batik ini menjadi menarik bukan sahaja pada corak atau warna tetapi juga reka letak corak tersebut pada pakaian yang dikenakan. Seribu satu macam corak boleh dihasilkan dengan cara batik lukis – tanpa sempadan, samada digunakan corak bermotifkan flora dan fauna, ethnik atau ras, semulajadi, geometrikal, semi abstrak, garisan dan sebagainya, mengikut gaya persembahan masing-masing.  Paling penting produk batik mesti cukup berada di pasaran.

Kesan corak yang dihasilkan pada sesuatu material juga membantu ke arah menghasilkan corak yang menarik dan unik.  Diperakui bahawa batik lukis hanya boleh dihasilkan satu corak hanya satu helai sahaja, tiada dua corak yang sama.  Ia mesti berlainan antara satu helai dengan helai yang lain. Tentu sekali begini keadaannya kerana ia dilukis dengan tangan bukan dicetak atau menggunakan blok. Ini berlainan sekali tekstil yang plagiat corak batik yang import dari negara luar.  INI ADALAH TEKSTIL...BUKAN BATIK. Ramai dari kita tertipu menyangka itu adalah batik. Itu bukan batik.  Kenapa ini berlaku dan kenapa dibiarkan? Kesannya merugikan negara dan budaya. Mengikut pekeliling, kerajaan menetapkan setiap hari Khamis, pegawai kerajaan dikehendaki memakai pakaian batik. BUKAN TEKSTIL.

Keluaran setiap helai batik hendaklah berasaskan lilin yang bertindak sebagai penghadang/sempadan  warna atau resist. Batik ini boleh dihasilkan melalui kaedah menggunakan cara melukis atau tulis, blok atau stensil. Dengan cara menggunakan stensil juga boleh menghasilkan batik tulen.

Batik lukis dihasilkan dengan cara menggunakan canting, berus, renjis atau sapu. Batik blok pula dengan cara menggunakan blok besi yang digubah dengan corak dan dicop pada kain yang dibentangkan di atas meja yang dialas dengan lapisan sejuk.  Tujuan lapisan ini adalah untuk menyejukkan lilis selepas dicop. Manakala batik stensil pula dihasilkan dengan menggunakan sarang stensil yang diekspos dengan cahaya bagi menghasilkan corak.  Ia juga boleh menggunakan lacquor dan thinner yang diadun menjadi separa cecair dilukiskan pada kain kasa yang ditegangkan pada sebuah bingkai. Corak stensil tersebut dicap dengan menggunakan lilin yang diadun pada satah kain, lantas coraknya akan melekat pada kain tersebut.  Cara ini boleh dihasilkan dengan banyak dalam msa yang singkat dan produktif. Ia sesuai untuk uniform batik untuk sebarang majlis.

MASTERWAN BATIK menyediakan alternatif material untuk semua peringkat jawatan daripada kain cotton, rayon, silk, chiffon dan linen dengan pelbagai item produk.

MASTERWAN BATIK mengungguli sebarang jenis teknik atau kaedah dengan menghasilkan produk yang berkualiti, kuantiti, aksesibiliti dan originaliti batik dari segi material, corak, warna, layout dan kesesuaian selera pengguna dengan harga yang kompetitif.

"MASTERWAN BATIK PEMBEKAL PAKAIAN OCCASION DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA"
"MASTERWAN BATIK PENERUS KRAFTANGAN WARISAN BUDAYA BANGSA"

 

 

Menu Utama

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini400
mod_vvisit_counterSemalam404
mod_vvisit_counterMInggu Ini2258
mod_vvisit_counterBulan Ini6207
mod_vvisit_counterKeseluruhan896366

Online : 11


Ads on: Special HTML
Tempahan Pakaian Batik

 

 


MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.

Hubungi Kami

Sila hubungi Marketing Team @ MWB
 

+6019 3455 599 (Mr. Wan)

 www.masterWanBatik.com
 MasterWan Batik 
 Butik & Kilang Cetakan
23, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 masterwan.batik@gmail.com