You are here: Home Keratan Akhbar Perusahaan Batik

Master Wan Batik

Perusahaan Batik

Batik memang terkenal sebagai satu produk kraftangan tradisional yang unggul di Malaysia. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abab ke-15 masihi. Pada tahun 1920, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Negeri Kelantan yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini.

Hasil-hasil batik Negeri Kelantan yang tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya melambangkan satu kemahiran kerja tangan yang unit dan kreatif. Batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap mempuyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa digunakan ialah Batik Blok, Batik Skrin dan Batik Conteng. Sungguhpun demikian, industri batik juga mengalami perubahan di dalam teknologi pembuatanya.

Pada masa ini peralatan -peralatan moden seperti mesin-mesen yang dikendalikan oleh komputer telah diperkenalkan. Perkembangan teknologi di dalam pembuatan batik ini memantapkan lagi industri ini, terutamanya bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakain meningkat.

Pada masa sekarang batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, khususnya orang-orang melayu tetapi juga amat popular dan digemari oleh pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini.

Rekacorak batik yang dihasilkan oleh rakyat negara ini telahpun  diterima oleh pereka-pereka fesyen terkenal dunia seperti Pierre Cardin, Yves St. Laurent dan Bonia. Produk-produk batik daripada pereka-pereka fesyen terkenal dunia ini boleh dilihat melalui skaf-skaf, tali leher dan sapu tangan selain baju kemeja.

-www.kelantan.gov.my

 

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini314
mod_vvisit_counterSemalam386
mod_vvisit_counterMInggu Ini1482
mod_vvisit_counterBulan Ini7146
mod_vvisit_counterKeseluruhan959672

Online : 5


Ads on: Special HTML
Tempahan Pakaian Batik

 

 


MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.

Hubungi Kami

Sila hubungi Marketing Team @ MWB
 

+6019 3455 599 (Mr. Wan)

 www.masterWanBatik.com
 MasterWan Batik 
 Butik & Kilang Cetakan
23, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 masterwan.batik@gmail.com