You are here: Home

Master Wan Batik

Industri batik negara jana pendapatan pengusaha

E-mail Print PDF
KUALA LUMPUR: Industri batik Malaysia mampu menjana pendapatan tinggi kepada pengusahanya yang aktif dalam bidang itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia terbukti dengan peningkatan bilangan usahawan dan jumlah pasaran pada setiap tahun. “Berdasarkan rekod, bilangan usahawan batik meningkat daripada 246 pengusaha pada 2004 kepada 604 pengusaha, tahun lalu. “Perkara itu membolehkan jumlah pasaran turut meningkat daripada RM47.2 juta pada 2004 kepada RM89 juta tahun lalu. Kenyataan ini jelas menunjukkan batik semakin diminati ramai,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis ‘A Batik Evening Featuring Miss Tourism International 2010’ di Kompleks Kraf, di sini, kelmarin. Beliau berkata, jualan batik pada Hari Kraf Kebangsaan bagi tempoh tiga tahun bermula 2008 hingga tahun ini adalah yang tertinggi dicatatkan dengan purata peningkatan kira-kira sebelas peratus.


“Antara rangkaian produk popular adalah pakaian siap dan kain pasang. Bagaimanapun, rangkaian produk lain seperti barangan kelengkapan rumah meliputi sarung kusyen dan cenderamata juga mendapat perhatian dan permintaan memberangsangkan,” katanya. Menurutnya, langkah kerajaan mewajibkan pemakaian baju batik oleh penjawat awam pada setiap Khamis turut menyumbang kepada peningkatan jualan batik.

Hadir sama pada majlis itu ialah isterinya, Datin Seri Masnah Rais; Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Kamaruddin Siaraf; Presiden Miss Tourism International, Datuk Danny Ooi; Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Zakiah Ahmad dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd Kamil Mohd Ali. Majlis diserikan dengan persembahan ‘catwalk’ 56 peserta Miss Tourism International 2010 yang memakai batik dan persembahan tarian oleh penari Istana Budaya.
 
Last Updated ( Monday, 28 May 2012 16:32 )  

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini73
mod_vvisit_counterSemalam263
mod_vvisit_counterMInggu Ini637
mod_vvisit_counterBulan Ini6992
mod_vvisit_counterKeseluruhan1262530

Online : 2

Pelanggan MWB

Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
YAB. Perdana Menteri  memakai Baju Batik Malaysia rekaan MWB
Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
YB Dato' Mustafa Mohamed memakai Baju Batik Malaysia rekaan MWB
Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
YB Dato’ Seri Khalid b. Mohd Nordin memakai Baju Batik Malaysia rekaan MWB
Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
Menteri-menteri ASEAN memakai baju batik rekaan MWB


Ads on: Special HTML
Tempahan Pakaian Batik

 

 


MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.

Temui Kami Di

  +6019 3455 599 (Mr. Wan)
Butik & Kilang Cetakan
 No 2, Jalan Ambar 1,
Taman Ambar, 
43800 Dengkil, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  
 

masterwan.batik@gmail.com