You are here: Home Blog MasterWan Batik Cara Membuat Lukisan Batik Lukis

Master Wan Batik

Cara Membuat Lukisan Batik Lukis

E-mail Print PDF
Berikut ini adalah alat dan bahan yang harus disiapkan untuk membuat batik lukis : 
 
  • Material (kain) dari jenis kapas, rayon, sutera dan linen. 
  • Canting sebagai alat melukis motif. 
  • Pemidang sebagai tempat untuk menghampar kain dengan keadaan tegang.
  • Dapur untuk mencairkan lilin dan rozin
  • Warna cecair
 
Langkah-langkah memproses batik lukis (Mulakan dulu dengan menggunakan bingkai (frame) yang kecil dulu).  Cara menghasilkan batik lukis amat mudah tetapi memrlukan disiplin dan ketekunan.  Caranya menghasilkan lukisan batik lukis adalah seperti berikut : 
 
  1. Melakar reka corak dengan pensil lembut pada permukaan kain di pemidang mengikut selera dan idea masing-masing, samada flora fauna, semi abstrak, geometrikal atau organik dengan cara spiral, gelombang, susunan batu-bata dan sebagainya.  
  2. Melukis dengan lilin malam menggunakan canting pada lakaran pensil yang telah dilukis tadi.  Sila pastikan semua RUPA reka corak yang dilukis hendaklah bercantum untk memastikan ruang yang diwarnakan nanti tidak merebak keluar dari corak tersebut. 
  3. Sapukan cecair warna (dyestuff) mengikut selera pelukis dengan menggunakan berus cina (lebih mudah).  Padankan warna supaya kelihatan menarik.
  4. Setelah kering, sapukan pemati warna (Sodium Silicate) pada permukan kain yang telah diwarnakan tadi dan tunggu sehingga kering selama 2 hingga 3 jam.   
  5. Setelah cukup masanya, kain tersebut dikeluarkan daripada bingkai dan basuhkannya. Ini bermakna warna pada kain telah dimatikan dan ia tidak akan luntur lagi.  
  6. Rebuskan kain tersebut untuk memisahkan lilin pada kain dengan memasukkan sedikit serbuk soda. 
  7. Keringkan dan gosokkannya. 
  8. Pasangkan pada bingkai cermin untuk dijadikan sebagai hiasan dinding. 
 
Perkara yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan canting dan keselamatan.  Lilin yang diceduk dengan canting adalah panas dan perlu berhati-hati supaya dapat mengelakkan kecederaan. Lilin panas tersebut akan jadi sejuk setelah melakukan beberapa lakaran dan perlu bertukar ganti. Lakukannya secara berulang kali sehingga lukisan batik lukis dapat diselesaikan dengan puas hati. 
 
--- MasterWan Batik 
 
Last Updated ( Tuesday, 19 June 2012 14:55 )  

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini448
mod_vvisit_counterSemalam605
mod_vvisit_counterMInggu Ini2575
mod_vvisit_counterBulan Ini6790
mod_vvisit_counterKeseluruhan998426

Online : 9


Ads on: Special HTML
Tempahan Pakaian Batik

 

 


MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.

Hubungi Kami

Sila hubungi Marketing Team @ MWB
 

+6019 3455 599 (Mr. Wan)

 www.masterWanBatik.com
 MasterWan Batik 
 Butik & Kilang Cetakan
23, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 masterwan.batik@gmail.com